'Air sisa terawat bukan dari IWK'

Faizal Othman
Faizal Othman
A
A
A

KUALA LUMPUR – Loji rawatan kumbahan yang diselenggara Indah Water Konsortium (IWK) tidak melepaskan air sisa dirawat ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, terdapat tujuh loji rawatan kumbahan dan tujuh stesen pam di Pasir Gudang yang diselenggara IWK.

Namun, katanya, air sisa terawat dari loji-loji ini dilepaskan ke Sungai Masai setelah mematuhi piawaian tinggi ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Terdapat beberapa loji rawatan kumbahan di kawasan Pasir Gudang yang diselenggara pihak lain.

"Minggu lepas, beberapa pakar kualiti air telah menjalankan kajian ke atas campuran sisa toksik yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim. Salah seorang pakar tersebut, Zaki Zainudin menjelaskan, sungai terbabit turut menerima air sisa kumbahan dari beberapa loji rawatan kumbahan di kawasan berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua kakitangan IWK yang bertugas di loji-loji berkaitan akan sentiasa mengikuti prosedur keselamatan ditetapkan pihak berkuasa dan juga syarikat.

“Kakitangan kami telah diberikan taklimat mengenai keselamatan berkaitan bahan kimia. Kami juga memantau Indeks Kualiti Udara yang dikeluarkan JAS bagi kawasan terbabit setiap hari dan memaklumkan kepada kakitangan kami di loji-loji ini.

“Pada masa sama, kakitangan bertugas di loji rawatan kumbahan yang terletak di dalam lingkungan sungai terbabit telah dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti topeng pernafasan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: