Nafuzi masih menilai prestasi pemain TFC

Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Melaka United menentang TFC di Stadium Hang Jebat, pada Khamis.
Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Melaka United menentang TFC di Stadium Hang Jebat, pada Khamis.
A
A
A

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain masih menilai prestasi dan kelemahan pemainnya bagi menyediakan pasukan yang ampuh menjelang aksi Liga Super yang membuka tirai awal Mac depan.

Menurut Nafuzi, beliau telah mendapat bayangan barisan kesebelasan utama skuad Sang Penyu itu menerusi beberapa perlawanan pramusim yang diharungi skuadnya.

“Walaupun pada perlawanan persahabatan malam ini kita menang 1-0 bertemu Melaka United, bagi saya ia tidaklah hebat mana memandangkan dalam 90 minit permainan ada situasi yang mereka lebih baik daripada pasukan kita.

“Kita kini dalam proses mengenal pasti kelemahan dan daripada perlawanan persahabatan ini kita berharap para pemain tidak sesekali bersikap mengambil mudah, sebaliknya meningkatkan prestasi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat pada Khamis.

Dalam perlawanan itu, anak buah Nafuzi tidak berdepan masalah menewaskan skuad Hang Tuah tersebut 1-0 hasil sepakan penalti pada minit ke-76 yang disempurnakan Jordan Mintah.

Mengulas lanjut, jelas Nafuzi, beliau juga berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain import dari Filipina, Manny Ott yang disifatkannya memiliki kualiti yang dikehendakinya.

Sementara itu, pengendali Melaka United Risto Vidakovic berkata, biarpun pemain bermula agak lambat untuk menyesuaikan diri tetapi mereka bijak mencipta banyak peluang yang memberinya keyakinan skuadnya itu mampu melakukan lebih baik pada saingan sebenar.

Menurut Nafuzi, beliau tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya yang telah menunjukkan corak permainan yang diharapkan, selain mempamerkan sikap mahu melawan biarpun tewas dalam perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selepas ini Terengganu mempunyai baki tiga aksi pramusim dan akan bertemu Selangor FC dan Selangor 2 serta PDRM FC manakala skuad Hang Tuah akan menentang Selangor FC dalam satu lagi perlawanan.