Remaja perempuan hilang masih belum ditemui

P.Pavitra masih belum ditemukan setakat ini selepas dipercayai hilang sejak 10 Februari lalu. Foto ihsan PDRM
P.Pavitra masih belum ditemukan setakat ini selepas dipercayai hilang sejak 10 Februari lalu. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Seorang remaja perempuan yang dipercayai hilang pada 10 Februari lalu masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis masih berusaha mengesan P.Pavitra, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini.

Menurutnya, usaha itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini.

"Saya berharap remaja berkenaan akan ditemui dan mengembalikan dia semula ke pangkuan keluarganya dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, orang ramai yang melihat mangsa diminta menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau melaporkan ke balai polis berhampiran.

Pada 10 Februari lalu, remaja terbabit dipercayai tiada di kawasan sekolah dan siasatan awal mendapati mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

Remaja itu dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.

Ibu saudaranya yang berusia 48 tahun menerima panggilan daripada bapa mangsa yang memaklumkan telah menerima panggilan daripada pemandu van berusia 60 tahun menyatakan mangsa tidak menaiki kenderaan itu selepas tamat waktu persekolahan.

Artikel Berkaitan: