Berang tak dibenarkan parkir, dua lelaki pukul pengawal keselamatan

Kejadian tersebut tular selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok.
Kejadian tersebut tular selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok.
A
A
A

AMPANG - Berang tidak dibenarkan parkir, dua lelaki bertindak menumbuk dan menampar muka seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang sedang bertugas di hadapan Pandan Capital di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 41 tahun didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika bertugas sekitar jam 2.15 petang.

“Motosikal itu kemudian terus parkir di hadapan pintu bangunan berkenaan dan mangsa tidak membenarkan kenderaan terbabit di parkir di kawasan berkenaan.

“Selepas selesai urusan, kedua-dua lelaki terbabit keluar dan memukul mangsa dengan salah seorang mereka menampar dan menumbuk mukanya.

“Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mata mangsa bengkak selain hidungnya berdarah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Video klip berdurasi 35 saat memaparkan kejadian itu turut tular selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok

Mengulas lanjut Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan kedua-dua suspek yang tidak berpuas hati.

“Siasatan akan diteruskan selepas permohonan arahan untuk siasatan order to investigation (OTI)

Artikel Berkaitan:

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana kesalahan mencederakan," katanya.