X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Manulife Malaysia perkenal dua pelan baharu

A
A

SHAH ALAM - Manulife Malaysia melancarkan dua produk baharu iaitu Manulife Universal Saver dan Manulife Easy 5 yang memfokuskan kepada fleksibiliti dan kemampuan pelanggan serta turut meliputi perlindungan terhadap lima penyakit kritikal lazim di dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Manulife Malaysia, Vibha Coburn berkata, pelan Manulife Universal Saver memberikan sokongan perlindungan kepada golongan muda yang bekerja dan baru berkahwin di samping turut membolehkan mereka menyesuaikan rancangan mengikut matlamat hidup masing-masing.

Bagi produk Manulife Easy 5 pula, Vibha berkata, ia disediakan bagi mereka yang sedang mencari pelan penyakit kritikal pertama atau ingin meningkatkan perlindungan penyakit kritikal pada harga premium mampu milik.

“Matlamat kami untuk menjadikan kehidupan pelanggan kami menjadi lebih baik setiap hari, bermula dengan penyelesaian mudah yang disesuaikan dengan cabaran, keadaan dan trend masa kini.

“Manulife Malaysia akan terus mengutamakan pelanggan dalam perniagaan kami dan memperkasakan mereka untuk mengekalkan kesejahteraan kesihatan dan kewangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Manulife Universal Saver merupakan pelan kewangan kehidupan sejagat yang memberi peluang untuk pelanggan membina dan mengoptimumkan kekayaan, sambil membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Pelan simpanan jangka panjang itu menawarkan perlindungan insurans terhadap kematian, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya dengan faedah perkabungan tambahan.

Dengan pilihan pembayaran premium terhad selama lima hingga 10 tahun, pelan itu mempunyai terma perlindungan ditetapkan selama 20 tahun di samping pilihan kemudahan mengurus aliran tunai masa depan lebih baik ketika menghampiri tempoh matang polisi.

Untuk mendaftar di bawah pelan ini, tiada pengunderaitan perubatan dan kewangan yang diperlukan untuk jumlah muka bernilai sehingga RM500,000 seumur hidup.

Manakala pelan Manulife Easy 5 pula ialah pelan penyakit kritikal yang menawarkan perlindungan terhadap lima penyakit kritikal biasa iaitu kanser, strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan pembedahan arteri koronari.

Pelan disediakan dengan pendaftaran yang mudah menyediakan perlindungan kewangan dari peringkat awal hingga peringkat lanjutan bagi golongan menghidap jenis penyakit tersebut meliputi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi sebarang kejadian yang kritikal.

Ia turut ditawarkan pada harga premium mampu milik dengan Faedah Kelangsungan Hidup Terjamin sebanyak 50 peratus daripada premium tahunan yang dibayar pada akhir setiap lima tahun polisi.

Bantuan kewangan sebanyak RM20,000 akan dibayar untuk menyokong kos kehilangan nyawa apabila pelanggan meninggal dunia.

Dalam pada itu Vibha memaklumkan bahawa Tinjauan Penjagaan Asia Manulife baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 78 peratus rakyat Malaysia berumur antara 25 dan 34 tahun merancang untuk membeli insurans

Katanya, tinjauan itu juga menunjukkan hampir separuh responden iaitu 46 peratus menghadapi penurunan dalam pendapatan bulanan mereka akibat Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!