Guardiola yakin City teruskan momentum kemenangan

Guardiola mahu City teruskan kemenangan. - foto Getty Images
Guardiola mahu City teruskan kemenangan. - foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola yakin skuad kendaliannya itu mampu meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan Tottenham Hotspur bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Sabtu.

Guardiola berkata, dia menyuarakan keyakinan itu setelah menyaksikan skuad The Citizens itu membenam kelab Portugal, Sporting 5-0 pada aksi pertama saingan kalah mati Liga Juara-Juara pada Khamis.

Malah, Guardiola turut memberikan amaran kepada pengendali Spurs, Antonio Conte bahawa kemenangan besar seperti mungkin berulang pada pertemuan kedua-dua pasukan kelak.

“Saya memberikan amaran kepada Conte bahawa pemain City kini telah pun bersedia untuk mengulangi kemenangan seperti itu (menewaskan Sporting 5-0).

“Oleh itu, mereka (Spurs), perlu melakukan persiapan lebih rapi apabila bertandang ke Etihad Sabtu ini,” katanya.

Kemenangan ke atas Spurs dilihat bakal mengukuhkan lagi cengkaman City di puncak EPL; bagaimanapun dalam masa sama Spurs dilihat terdesak untuk kembali melakar kemenangan setelah tewas dalam tiga perlawanan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Guardiola mengakui skuad kendaliannya itu sebenarnya mampu beraksi lebih baik dan mencatatkan kemenangan lebih besar ketika berdepan Sporting.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan pemain dilihat beraksi di bawah tahap sebenar dan menyaksikan banyak peluang gagal disempurnakan.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga seharusnya beraksi dengan lebih baik, namun ia tidak menjadi kerana ramai pemain beraksi di bawah tahap sebenar; mungkin keletihan.

“Apa pun, ketika ini mereka (pemain), sudah mula menjalani latihan dan dilihat sudah bersedia untuk mencatatkan kemenangan berdepan Spurs,” katanya.