Sila log masuk terlebih dahulu.

ECH suntik RM1 bilion dalam QCSB

Datuk Dr Kenny Tan (kanan) bersama Eng selepas menandatangani perjanjian strategi secara rasmi pada 16 Februari lalu.
Datuk Dr Kenny Tan (kanan) bersama Eng selepas menandatangani perjanjian strategi secara rasmi pada 16 Februari lalu.
A
A
A

Quinton Capital Sdn Bhd (“QCSB”), sebuah cabang syarikat pelaburan Quinton Group (“QGSB” atau “Quinton Group”) telah menandatangani perjanjian strategi dengan ECH World Wide Energy (M) Sdn Bhd (“ECH”) sebagai satu pelancaran baton pembangunan untuk tahun 2022 secara rasmi pada 16 Februari lalu.

ECH akan menyuntikkan modal sebanyak USD$250 juta (anggaran RM1 bilion) ke dalam modal saham QCSB dalam tempoh dua tahun akan datang di mana ECH akan memegang 55% saham biasa dalam QCSB selepas suntikan modal tersebut. ECH juga akan menjadi pemegang saham utama QCSB.

Dengan teguh usaha bersama para pengarah dan pemegang saham di antara kedua-dua syarikat pada bulan lepas, hubungan usahasama antara QCSB dan ECH akhirnya dicapaikan secara rasmi.

Hubungan kedua-dua syarikat memaparkan masa depan yang cerah di mana dipenuhi dengan peluang serta kemajuan bagi pembangunan landskap digital dan ekosistem Quinton Group.

Perkembangan baharu ini boleh menjadi dasar untuk berkongsi sumber serta mewujudkan manfaat kepada kedua-dua syarikat. QCSB sebagai cabang syarikat pelaburan, boleh mengukuhkan ekosistem digital Quinton Group pada landskap perniagaan baharu dan pada masa yang sama dapat memacu Quinton Group untuk berkembang ekosistem perniagaannya ke dalam industri tenaga.

Pengarah Urusan Quinton Group, Datuk Dr. Kenny Tan (kanan) menandatangi perjanjian strategi dengan ECH yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eng Chin Heng.
Pengarah Urusan Quinton Group, Datuk Dr. Kenny Tan (kanan) menandatangi perjanjian strategi dengan ECH yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eng Chin Heng.

Merangkumi lebih 800,000 pengguna dan lebih 30,000 rakan kerjasama, Quinton Group yang ditubuhkan pada 2018 ialah satu platform perkhidmatan pengguna dengan menghubungkan pengguna dan rakan kolaborasi untuk mewujudkan ekosistem ekonomi digital yang mampat.

Artikel Berkaitan:

Pada masa ini, perniagaan teras Quinton Group terdiri daripada tiga platform e-dagang dan perkhidmatan pengguna yang popular di Malaysia iaitu: Quin Reward (sistem ganjaran e-baucar), Quick Sent (perkhidmatan penghantaran makanan) dan Quin Pavilion (platform e-dagang).

Selain itu, Quinton Group juga mempunyai perkhidmatan dalam pengiklanan (UniAds), perubatan (Comepulse), hiburan/media (Cineplus), enjin tempahan hotel (StayWhere) dan banyak lagi.

No Image Caption

Beribu pejabat di Jepun, ECH pula memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman pembangunan antarabangsa dalam penjanaan kuasa, kejuruteraan dan tenaga pembaharuan. Dengan skop perniagaan yang luas meliputi 13 negara,

ECH menerima pengesahan daripada sebuah bank terkenal yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Bersertakan latar belakang dan sokongan yang kukuh, ini mengesahkan bahawa ECH mempunyai pengesahan deposit tunai sebanyak USD$900 juta ( anggaran RM3.6 bilion) dan berupaya untuk menyuntik modal ke dalam QCSB.

Bina empayar

Datuk Dr Kenny Tan
Datuk Dr Kenny Tan

Pengarah Urusan Quinton Group, Datuk Dr. Kenny Tan berkata, pihaknya amat gembira dapat berganding bahu melalui hubungan usahasama bersama ECH kerana suntikan modal ini telah menitikkan satu peristiwa signifikan kepada mereka.

Usahasama and penyuntikan modal saham ini juga membuktikan bahawa model perniagaan Quinton Group terus mengekalkan ciri-ciri yang berpotensi dan menjanjikan serta prospek pertumbuhan yang menggalakkan.

Selain menambah rizab modal, suntikan modal sebanyak RM1 Bilion ini akan meningkatkan lagi pelaburan dalam kawalan risiko, pembangunan platform dan mengukuhkan dasar syarikat.

Dengan suntikan model dan usahasama ini, Quinton Group sebagai syarikat yang berkembang pesat, turut mengumumkan akan mengerahkan usahanya ke dalam pasaran tenaga yang memacu hala tuju ke pelbagai industri dan merentasi peringkat antarabangsa untuk membina satu empayar dimiliki Quinton Group.

Melalui latar belakang profesional, teknologi dan rangkaian hubungan strategik ECH dalam industri tenaga, kedua-dua syarikat ini yakin pasaran tenaga mempunyai masa depan yang cerah dan mencipta nilai baharu yang belum diterokai di Malaysia.

“Selain itu, suntikan modal dalam tempoh dua tahun ini akan digunakan untuk menggiatkan semula Ekosistem Quinton, seperti platform penghantaran makanan, e-dagang, hiburan, perubatan, pendidikan, dan lain-lain untuk merealisasikan perkembangan pelbagai platform di bawah Quinton Group dengan mengoptimumkan sumber dan memaksimumkan sinergi,” jelas Datuk Dr. Kenny lagi.

Pertumbuhan cergas

Eng Chin Heng
Eng Chin Heng

Ketua Pegawai Eksekutif ECH, Eng Chin Heng pula teruja dengan hubungan usahasama yang unggul ini dan yakin akan meningkatkan potensi kedua-dua syarikat untuk mencapai tahap pertumbuhan yang lebih cergas.

“Saya sentiasa memandang tinggi terhadap model perniagaan inovatif Quinton Group, dan saya juga sangat berminat dengan potensi pembangunan Quinton Group. Melalui suntikan modal strategik ini, kerjasama kukuh antara kedua-dua pihak pasti akan membentuk ciri-ciri berdaya saing teras yang sihat dan baharu,” katanya.

Beliau juga menyatakan dengan penuh yakin bahawa atas dasar usahasama strategik ini, ECH akan bekerjasama rapat dengan Quinton Group untuk meningkatkan perkembangan perniagaan dan keuntungan di bawah bimbingan bersama.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, usaha bersama untuk membangunkan Quinton Group sebagai sebuah syarikat tempatan dengan piawaian termaju antarabangsa akan direalisasikan sempena menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia.

No Image Caption

Berkenaan dengan kemasukan Quinton Group ke dalam industri tenaga baharu, Eng berkata mereka akan bekerjasama dengan Quinton Group untuk melaksanakan projek penjanaan tenaga baharu secara aktif.

Projek pertama ini akan memperkenalkan teknologi penjana angin luar pesisir dan hibrid solar Jepun dalam masa terdekat kepada Malaysia.

Pada masa ini, teknologi eksklusif ini hanya dilaksanakan di Jepun. Pengenalan teknologi canggih ini akan memberi manfaat besar kepada pembangunan alam sekitar hijau dan tenaga mampan di Malaysia.