Kes Covid-19 turun kepada 26,701 pada Khamis

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 menurun kepada 26,701 kes pada Khamis berbanding 27,831 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti Covid-19 berkenaan adalah sebanyak 3,117,485 kes.

Tambah beliau, 26,583 kes positif berada pada kategori satu dan dua dengan peratusan 99.56 peratus.

"Selebihnya 118 kes adalah kategori tiga hingga lima.

“Bagi pecahan kategori pula, 6,103 kes bagi kategori satu, dua (20,480), tiga (77), empat (19) dan lima (22),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, 132 kes merupakan kes import yang melibatkan 70 warganegara dan 62 bukan warganegara.

Katanya, kes tempatan pula melibatkan 26,569 kes iaitu 25,919 warganegara (97.6 peratus) dan 650 bukan warganegara (2.4 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 216 kes dengan 98 kes disahkan Covid-19 manakala 118 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak 141 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 55 kes disahkan Covid-19 manakala 86 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” jelasnya.

Beliau menambah, sebanyak 11,744 kes sembuh pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 2,888,194.

Ujar Dr Noor Hisham, sebanyak 19 lagi kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan 6,676 kluster.

"Daripada jumlah itu, 6,195 kluster telah diisytiharkan tamat dan 481 kluster lagi masih masih aktif," katanya.