Jangan sesekali mencela penyakit yang kita hadapi

Bersabarlah apabila ditimpa penyakit. -GAMBAR HIASAN.
Bersabarlah apabila ditimpa penyakit. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

SESETENGAH orang mudah jatuh sakit dan kerap demam sehinggakan kadangkala rasa 'terganggu' apabila rutin harian tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Ada pula yang jarang demam tetapi bila sudah jatuh sakit, ambil masa lama pula untuk kebah.

Tiada sesiapa pun yang mahu dirinya jatuh sakit kerana ia membataskan pergerakan dan ada kalanya 'melumpuhkan' kehidupan kita.

Orang kata, sakit itu tanda sayang ALLAH SWT pada hamba-Nya. Benarkah?

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bahawa baginda menziarahi orang sakit disebabkan demam panas dan Abu Hurairah turut bersamanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Bergembiralah, kerana sesungguhnya ALLAH berfirman, 'Ia adalah (bahang dan kepanasan) neraka-Ku yang Aku timpakan ke atas hamba-Ku yang beriman di dunia supaya ia merupakan ganti bahagiannya daripada neraka di akhirat'." (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa sakit itu boleh menghapuskan dosa dan meninggikan darjat kita.

Oleh itu, janganlah sesekali kita mencela penyakit yang tiba-tiba datang pada kita. Bersabarlah dengan ujian ALLAH SWT.

Kepada mereka yang sihat, ziarahilah keluarga, saudara mara, rakan mahupun jiran yang sakit kerana menziarahi orang sakit termasuk dalam salah satu hak seorang Muslim kepada saudaranya.

Artikel Berkaitan:

Gembirakanlah hati pesakit dengan ucapan yang baik dan berbentuk optimis terhadap ketentuan ALLAH SWT.

Marilah kita sama-sama berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah kepada ALLAH.

(Sumber: Muhammad Yusuf A Kadir)