Cadangan beri status penduduk tetap buat keluarga mangsa serangan Christchurch

Bekas menteri imigresen,Tuariki Delamere mencadangkan ahli keluarga mangsa serangan di ChristChurch diberi status penduduk tetap. - Foto tvnz
Bekas menteri imigresen,Tuariki Delamere mencadangkan ahli keluarga mangsa serangan di ChristChurch diberi status penduduk tetap. - Foto tvnz
A
A
A

AUCKLAND - NEW ZEALAND.Cadangan memberi status penduduk tetap buat ahli keluarga mangsa serangan pengganas di masjid Christchurch sedang dipertimbangkan, kata Menteri Imigresen, Iain Lees-Galloway.

"Kami sedang mempertimbangkan segala isu yang timbul susulan serangan yang berlaku tempoh hari," kata Lees-Galloway.

Terdahulu, bekas menteri imigresen,Tuariki Delamere dalam surat kepada Lees-Galloway mencadangkan agar ahli keluarga mangsa yang telah memohon status penduduk tetap diberi kelulusan segera, dan mereka yang belum berbuat demikian akan ditawarkan perkara yang sama.

Delamere dan sebahagian besar rakyat New Zealand percaya mereka yang maut dalam serangan pengganas Jumaat lalu meninggal dunia sebagai rakyat New Zealand.

"Tidak menawarkan keluarga mangsa status penduduk tetap akan menjadi salah satu sebab untuk pengganas meraikan kejayaannya" kata Delamere.

Kebanyakan dari 50 mangsa yang terkorban dalam serangan yang dilakukan pengganas kulit putih Brenton Tarrant itu merupakan warga asing yang tinggal di New Zealand menggunakan visa sementara. - NZHERALD

Artikel Berkaitan: