UMK, Yayasan Petronas bersama ECERDC mampu bangunkan usahawan

Mumtaz (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Zulkifli (dua dari kanan) selepas merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di UMK Kampus Kota, Kota Bharu pada Khamis.
Mumtaz (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Zulkifli (dua dari kanan) selepas merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di UMK Kampus Kota, Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerjasama erat antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Yayasan Petronas bersama Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan di negeri ini menerusi program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR).

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, kerjasama antara tiga pihak itu menambah keyakinan kepada para peserta untuk mengembangkan lagi ilmu yang sedang mereka teroka ketika ini.

"Sepanjang dua tahun mengikuti pengajian ini, setiap peserta akan diberikan dengan ilmu sebanyak mungkin berkait dengan bidang yang mereka pilih.

"Apa yang membanggakan para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang mengikuti kursus berkenaan," katanya selepas merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini pada Khamis.

Hadir sama ialah, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan ECERD, Zulkifli Yaacob, Ketua Pegawai Operasi Petronas Pantai Timur, Azeman Said dan Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusoff.

Menurutnya, usaha yang dilakukan ini wajar diberikan pujian di saat negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, usaha melahirkan lebih ramai usahawan perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan itu berterusan.

Mumtaz berkata, setakat ini hanya dua daerah sahaja yang menyertai program tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap ianya dapat diperluaskan ke lima lagi daerah yang lain agar lebih ramai mendapat manfaatnya," katanya.