Lelong suami di TikTok gurauan tidak sihat: Mumtaz

 Tular di TikTok, Facebook dan WhatsApp rakaman durasi satu minit 26 yang memaparkan luahan seorang wanita mahu melelong suaminya.
Tular di TikTok, Facebook dan WhatsApp rakaman durasi satu minit 26 yang memaparkan luahan seorang wanita mahu melelong suaminya.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyifatkan tindakan seorang wanita yang mahu melelong suaminya menerusi aplikasi TikTok dilihat sebagai satu gurauan tidak sihat.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, isu melibatkan rumah tangga atau keluarga tidak wajar dikongsi kepada umum kerana ia melibatkan aspek pembinaan ummah.

"Sekarang kita jual suami, nanti suami jual isteri pula. Selepas itu semua benda hendak dijual.

"Ini bukan cerita P. Ramlee dan apa yang berlaku itu adalah filem (jual beli orang)," katanya kepada pemberita selepas mengulas tindakan seorang wanita yang mahu menjual suaminya di TikTok.

Mumtaz (dua dari kiri) semasa merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di UMK Kampus Kota, Kota Bharu pada Khamis.
Mumtaz (dua dari kiri) semasa merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di UMK Kampus Kota, Kota Bharu pada Khamis.

Beliau sebelum itu merasmikan Mini Karnival Keusahawanan 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini pada Khamis.

Menurutnya, jika perkara ini terus dijadikan 'modal' berkemungkinan besar ia akan merosakkan institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, gurauan itu dibolehkan tetapi ianya hanya sesuai di dalam rumah sahaja.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu tular di TikTok, Facebook dan WhatsApp rakaman durasi satu minit 26 yang memaparkan luahan seorang wanita mahu melelong suaminya.

Rakaman tersebut telah ditonton lebih 328,000 pengguna di TikTok sebelum dimuat turun yang kemudian ditularkan oleh pengguna laman sosial.