Sila log masuk terlebih dahulu.

Penunggang motosikal maut digilis lori

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan lori di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) pada pagi Khamis.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan lori di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) pada pagi Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut digilis lori dalam kejadian di Lebuh Raya Pantai Baru(NPE) kira-kira jam 8.50 pagi pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa yang merupakan seorang wanita warga

tempatan menunggang seorang diri ketika kejadian.

"Motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa kemudiannya digilis lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820," katanya.

Artikel Berkaitan: