Lebih 300,000 warga emas dijangkiti Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti Covid-19 sehingga 7 Februari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, jumlah kematian melibatkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3 peratus atau 19,646 kes daripada keseluruhan 32,034 kes direkodkan bagi tempoh yang sama.

"Bagi suntikan vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah menerima dos penggalak dan 3,335,309 atau 96 peratus daripada populasi tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

"Lindungi warga emas daripada jangkitan Covid-19, lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: