ZPP serah van jenazah kepada enam masjid

Ahmad Zakiyuddin (kanan) melihat van jenazah yang disumbangkan ZPP.
Ahmad Zakiyuddin (kanan) melihat van jenazah yang disumbangkan ZPP.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyerahkan sumbangan enam van jenazah kepada enam masjid daerah di negeri ini bernilai RM872,280.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, sumbangan van jenazah itu merupakan salah satu jenis agihan zakat di bawah asnaf fisabilillah bagi membantu memudahkan pengurusan jenazah orang Islam di kariah masjid berkenaan.

Menurutnya, van jenazah terbabit boleh digunakan oleh masjid dan surau di kariah berhampiran sekiranya diperlukan.

"Kita berharap van jenazah ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh jemaah dan ahli-ahli kariah seterusnya memudahkan pengurusan jenazah umat Islam di negeri ini.

"Dari semasa ke semasa kita akan melihat apakah kekurangan yang terdapat di masjid-masjid di negeri ini dan ZPP akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan berkenaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan van jenazah di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, pada Khamis.

Ahmad Zakiyuddin (lima dari kiri) menerima replika cek sumbangan van jenazah daripada Amran.
Ahmad Zakiyuddin (lima dari kiri) menerima replika cek sumbangan van jenazah daripada Amran.

Enam van jenazah masing-masing bernilai RM165,000 itu diserahkan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, pemberian van jenazah ini secara tidak langsung dapat memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah di masjid tersebut atau masjid berdekatan jika berlaku pertindihan penggunaan.

Artikel Berkaitan:

“Kita faham masjid-masjid ini mungkin sudah memiliki van jenazah tapi dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak mencukupi.

"Terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana terus komited dalam menunaikan zakat dan dengan sumbangan diberikan ia boleh dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di Pulau Pinang," katanya.