Sila log masuk terlebih dahulu.

Salzburg ada peluang ke suku akhir Liga Juara-Juara

Jaissle - Foto Getty Images
Jaissle - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI RB Salzburg, Matthias Jaissle menegaskan skuad kendaliannya itu dilihat berpeluang mengejutkan gergasi Bundelsiga, Bayern Munich dengan melakarkan kemenangan pada aksi kedua kalah mati saingan Liga Juara-Juara di Allianz Arena 9 Mac nanti.

Jaissle menyuarakan keyakinan berkenaan setelah menyaksikan skuad Die Roten Bullen itu berjaya mengikat Bayern 1-1 pada aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara pada Khamis.

Justeru katanya, kejayaan mengikat pasukan handalan seperti Bayern memberikannya keyakinan bahawa skuad kendaliannya itu mampu memberikan saingan sengit pada aksi kedua kalah mati di Allianz Arena 9 Mac depan.

“Kami sedar berdepan dengan sebuah pasukan yang berkualiti seperti Bayern yang juga merupakan skuad ‘gergasi’ di Bundesliga.

“Bagaimanapun, kesemua pemain telah berjaya memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan bagi memberikan saingan kepada Bayern.

“Malah, kami berjaya menjaringkan gol dan mengejutkan mereka buat seketika dan ia sebenarnya memberikan gambaran bahawa kami boleh lakukan lagi pada aksi kedua kalah mati kelak,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Salzburg, Chukwubuike Adamu menjaringkan gol pada minit ke-21, namun Kingsley Coman menjaringkan gol penyamaan pelawat pada minit ke-90 bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu Jaissle berharap agar kesemua pemain bersedia menjelang aksi kedua kalah mati kelak dalam usaha mencatatkan kemenangan ke atas Bayern.

Artikel Berkaitan:

“Kita ada peluang untuk mara ke suku akhir dengan mengejutkan Bayern. Jadi, saya berharap kesemua pemain dapat melakukan persediaan secukupnya bagi mengharungi aksi kedua kalah mati 9 Mac nanti,” katanya.