Kanak-kanak akan ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di England

Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan ditawarkan dengan suntikan vaksin Covid-19 di England. - Reuters
Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan ditawarkan dengan suntikan vaksin Covid-19 di England. - Reuters
A
A
A

LONDON - Kerajaan United Kingdom (UK) pada Rabu akan menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada semua kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di England.

Langkah itu menjadikan Britain mengikut Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara lain menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid yang skop tugasnya adalah ke atas England berkata, kini mendapat panduan daripada Jawatankuasa Bersama Mengenai Vaksinasi dan Imunisasi yang menasihati Jabatan Kesihatan UK untuk meluaskan lagi tawaran suntikan tersebut.

"NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan) akan mempersiapkan untuk memperluaskan tawaran yang tidak mendesak ini kepada semua kanak-kanak pada bulan April. Jadi, jika mereka (ibu bapa) mahukannya (untuk anak-anak) boleh mengambil tawaran untuk meningkatkan perlindungan terhadap potensi gelombang masa depan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Javid menambah keutamaan menawarkan vaksin dan dos penggalak kepada orang dewasa dan anak-anak yang lemah masih dikekalkan.

Beberapa jam sebelum itu, Menteri Pertama, Nicola Sturgeon mengumumkan Scotland juga akan melaksanakan suntikan terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun manakala Wales pula melancarkan dasar yang sama pada hari sebelumnya.

Ireland Utara juga mengikutinya pada Rabu.

AS merupakan negara pertama memulakan suntikan vaksin Covid-19 di bawah umur 12 tahun pada bulan November tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: