Perpustakaan desa sedia maklumat pelancongan

Shahaniza (tengah) dan Nafisah meluangkan masa membaca buku bersama kanak-kanak selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Lebu, semalam.
Shahaniza (tengah) dan Nafisah meluangkan masa membaca buku bersama kanak-kanak selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Lebu, semalam.
A
A
A

BENTONG - Perpustakaan Desa di negara bakal akan dijadikan tempat mendapat maklumat pelancongan selain sebagai gedung ilmu buat penduduk tempatan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Nafisah Ahmad berkata, usaha itu dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi mengumpul pelbagai maklumat mengenai tempat pelancongan menarik di kawasan setempat.

Menurutnya, bagi merealisasikan hasrat itu, latihan akan diberikan kepada petugas selain mencari informasi untuk mengenal pasti tempat dan lokasi pelancongan menarik.

"Jadi kita akan sediakan maklumat pelancongan termasuk budaya masyarakat yang boleh menjadi panduan kepada pelancong dalam dan luar negara,"katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung Lebu,semalam.

Hadir sama Exco Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Saraya Arbi dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Faridzah Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Lebu, Datuk Roslin Abdul Rahman.

Perpustakaan bernilai kira-kira RM500,000 itu mula dibina pada 2015 dan beroperasi pada Disember 2016.

Beliau berkata, tiada pembinaan perpustakaan desa baharu tahun ini walaupun terdapat keperluan membina perpustakaan di seluruh negara.

Justeru katanya, tumpuan akan diberikan bagi membina lebih banyak sudut membaca di lokasi strategik termasuk di pejabat Dewan Negeri (DUN).

Artikel Berkaitan:

"Masih ada keperluan membina perpustakaan desa kerana kita menyasarkan membina sekurang-kurangnya sebuah Perpustakaan Desa di setiap DUN.

Pada masa ini ada 1,112 Perpustakaan Desa termasuklah 61 di Pahang.