Sila log masuk terlebih dahulu.

KKM perlu keluarkan statistik kes Covid-19 kanak-kanak

KKM disarankan untuk mengeluarkan statistik kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan
KKM disarankan untuk mengeluarkan statistik kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) disarankan untuk mengeluarkan statistik kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

Pengasas laman sosial perubatan tempatan, MEDTweetMY, Dr Khairul Hafidz Al Khair berkata, ia susulan peningkatan laporan kes Covid-29 melibatkan golongan tersebut dimasukkan ke wad.

“Telah terima laporan dari rakan-rakan klinikal mengenai peningkatan kes Covid-19 di kalangan kanak-kanak yang masuk wad.

“Saya fikir @KKMPutrajaya boleh keluarkan satu statistik kes COVID19 di kalangan kanak-kanak untuk kita mengetahui situasi ini dengan lebih jelas,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Sebelum ini, Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, Jabatan Kecemasan tempat beliau bekerja dipenuhi dengan tangisan kanak-kanak.

“Di lokaliti saya bekerja - Jabatan Kecemasan penuh dengan tangisan kanak2. Datang dengan gejala respiratori. Tak menang tangan.

“Tolonglah. Lindungi anak2 anda dengan vaksinasi secepat mungkin. #PICKids,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: