99.9 peratus yakin serangan Rusia tidak akan berlaku

Peralatan ketenteraan milik tentera Amerika Syarikat (AS) dipindahkan dari Jerman ke Romania. Gambar kecil: David Arakhamia. - Foto: AFP/Agensi
Peralatan ketenteraan milik tentera Amerika Syarikat (AS) dipindahkan dari Jerman ke Romania. Gambar kecil: David Arakhamia. - Foto: AFP/Agensi
A
A
A

KIEV - Sekutu rapat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa beliau 99.9 peratus yakin kempen pencerobohan pada tarikh yang diuar-uarkan rangkaian media Barat tidak mungkin akan berlaku.

Ketua Parti Hamba Rakyat, David Arakhamia mengeluarkan kenyataan itu ketika rancangan talk show Pravo Na Vlady pada Isnin ketika kebimbangan semakin meningkat tentang ancaman serangan yang akan dilancarkan Moscow.

"Ketika konflik memuncak pada musim bunga pada 2021, kira-kira 220,000 anggota tentera Rusia bersama peralatan ketenteraan ditempatkan di sempadan Kiev. Secara teorinya, ia seperti persediaan untuk operasi berskala besar.

"Pada masa ini, Moscow hanya megerahkan kira-kira 123,000 anggota dan ia adalah separuh daripada jumlah sebelum ini," ujarnya.

Tetapi, Arakhamia tidak menolak kemungkinan Kremlin mungkin mengerahkan pasukan tersebut untuk operasi ketenteraan ke Ukraine dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

"Dari sudut pandangan ketenteraan, serangan berskala besar adalah mustahil. Maklumat risikan kami tidak melihat sebarang isyarat Moscow sedang membuat persediaan untuk kempen pencerobohan tersebut," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, badan pemerhati komunikasi Ukraine pada Selasa mendakwa ia kembali menjadi sasaran serangan siber yang turut menyasarkan dua institusi kewangan terbesar di negara itu yang dipercayai didalangi Rusia.

Menurutnya, laman web Bank Simpanan Negara Oschadbank dan Privat kembali beroperasi tidak lama selepas insiden penggodaman itu, namun laman Kementerian Pertahanan dilaporkan tidak dapat diakses selama beberapa jam.

Artikel Berkaitan:

“Tidak dapat dinafikan penggodam tersebut cuba menggunakan taktik kotor,” katanya merujuk kepada Moscow.

Insiden itu berlaku kirakira sebulan selepas kejadian serangan siber yang menyasarkan laman web utama kerajaan yang turut menyaksikan kerjasama perang siber dicapai bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk melindungi Kiev daripada proksi persendirian yang melakukan jenayah siber tersebut bagi pihak Kremlin. - Agensi