PBT perlu kreatif bangunkan projek pengurangan karbon di bandar

Tuan Mohd Saripudin (tengah) merasmikan buku Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 pada Rabu.
Tuan Mohd Saripudin (tengah) merasmikan buku Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan disaran untuk lebih kreatif dan proaktif merancang serta membangunkan projek yang membantu pengurangan karbon di bandar-bandar utama di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, untuk skop berkenaan, terdapat lima elemen yang perlu ditekankan iaitu air, tenaga, sisa, mobiliti dan penghijauan.

"Hasil daripada peruntukan Geran Gerak yang disalurkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), empat PBT telah melaksanakan projek sisa iaitu projek Black Soldier Fly.

"Dua PBT pula memilih untuk melaksanakan projek mobiliti iaitu penyediaan laluan pejalan kaki serta penyediaan 'buggy' elektrik dan tempat hentian berbumbung panel solar di tempat peranginan terkenal di Kelantan.

"Selain itu, enam PBT lagi telah menjalankan projek tenaga dengan menukar lampu jalan kepada lampu LED serta memasang lampu LED solar di tepi jalan bawah penguasaan PBT," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau hadir merasmikan Townhall Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan yang dihadiri PBT seluruh negeri di Hotel The Grand Renai, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata, semua PBT di Kelantan juga telah menerima peruntukan sebanyak RM5,000 sebagai yuran pendaftaran bagi menyertai pertandingan Low Carbon City (LCC) 2030.

Katanya, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah agensi utama untuk membawa agenda pembangunan mampan iaitu Kelantan Utilities Mubaraakan Holding Sdn Bhd (KUM) yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi hijau di negeri Kelantan.

Artikel Berkaitan:

"KUM berperanan sebagai platform yang menghubungkan jabatan dan agensi kerajaan negeri dengan pemain utama industri hijau ini," katanya.