Kedah bantu bawa pulang jenazah Ridzq Azzadin

Keratan artikel mengenai Allahyarham Ridzq Azzadin yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
Keratan artikel mengenai Allahyarham Ridzq Azzadin yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan membantu untuk membawa pulang jenazah Allahyarham Ridzq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun, dari Australia untuk dikebumikan di Malaysia.

Menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri simpati dengan kepayahan yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham, terutama untuk menanggung kos membawa pulang jenazah ke negara ini.

Menurutnya, keluarga Allahyarham Ridzq Azzadin telah dimaklumkan mengenai hasrat Pejabat Menteri Besar Kedah untuk membantu mereka.

"Pejabat Menteri Besar Kedah akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk menguruskan penghantaran balik jenazah bagi disemadikan di kampung halamannya di Parit Panjang, Baling atau di Sungai Buloh, Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Allahyarham meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Road, Belmore, Australia pagi semalam.

Keluarganya memerlukan RM30,000 bagi membawa pulang jenazah ke negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ajal di Australia: Perlu RM30,000 bawa pulang jenazah]

[ARTIKEL BERKAITAN: RM12,000 dikumpulkan dalam tempoh 24 jam]

Artikel Berkaitan: