Krisis Ukraine: Biden gesa diplomasi, ancam sekatan terhadap Rusia

Biden - Foto EPA
Biden - Foto EPA
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Selasa berkata pihaknya masih meneruskan rundingan diplomatik antara Rusia dan Barat mengenai Ukraine, serta Rusia bakal berdepan sekatan ketat jika memilih menyerang negara jirannya.

Biden berkata, AS serta sekutu dan rakan kongsinya bersedia 'terlibat dalam diplomasi dengan Rusia bagi meningkatkan kestabilan dan keselamatan di Eropah secara keseluruhan', namun andai Rusia memilih menyerang Ukraine, Barat akan 'bertindak balas dengan tegas'.

Beliau bersetuju dengan cadangan kerajaan Rusia meneruskan rundingan diplomatik dan perlu memberi ruang terhadap diplomasi untuk berjaya, katanya lapor Xinhua.

Menerusi panggilan telefon pada Sabtu, Biden memaklumkan Presiden Vladimir Putin bahawa AS bersedia untuk 'terus menjalankan diplomasi peringkat tinggi' bagi merundingkan 'persefahaman secara bertulis' dengan negara itu.

Presiden AS mendakwa negaranya telah 'membentangkan idea kukuh untuk mewujudkan persekitaran aman di Eropah', merujuk kepada dokumen bertulis yang diserahkan AS kepada Rusia bulan lepas bagi menangani kebimbangan keselamatan Moscow.

Menurut Kremlin, dokumen AS itu telah mengabaikan tuntutan utamanya yang mahu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak menerima ahli baharu, Ukraine kerana boleh mewujudkan ancaman kepada negaranya.

Biden berkata, dalam sesi dialog akan datang dengan Rusia 'AS tidak akan mengorbankan prinsip asas' bertujuan mewujudkan keselamatan bersama AS serta sekutu dan rakan kongsinya, penolakan secara tidak langsung terhadap tuntutan Rusia supaya Ukraine tidak dibenarkan menyertai NATO.

Sementara itu, Putin pada Selasa berkata Rusia bersedia berbincang dengan Barat mengenai 'beberapa' isu melibatkan pengharaman peluru berpandu ke Eropah serta menyekat latihan ketenteraan di benua itu, tetapi perbincangan perlu diadakan 'ia rumit kerana membabitkan pelbagai isu penting kedua-dua pihak.'

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata' jika Ukraine menjadi sebahagian anggota NATO, ia menjadi ancaman keselamatan utama Rusia. - Bernama