ACL 2022: Thailand, Vietnam dan Malaysia tuan rumah peringkat kumpulan

No Image Caption
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 untuk kelab di zon timur akan diadakan di Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Menurut badan induk bola sepak Asia itu, AFC menetapkan aksi Kumpulan F akan dimainkan di Buriram, manakala Kumpulan G akan diadakan di Bangkok.

Katanya, perlawanan dalam Kumpulan H akan berlangsung di Ho Chi Minh manakala Johor Bahru menjadi tuan rumah Kumpulan I.

"Perlawanan Kumpulan J akan diadakan di Thailand, dengan bandar tuan rumah akan diumumkan kemudian.

"Perlawanan di zon timur akan berlangsung dari 15 April hingga 1 Mei depan," jurucakap AFC.

Sementara itu, AFC menambah negara tuan rumah untuk perlawanan di zon barat masih belum dimuktamadkan.

Untuk rekod, kelab Arab Saudi, Al Hilal merupakan juara bertahan selepas menewaskan Pohang Steelers dari Korea Selatan pada final edisi 2021.

Artikel Berkaitan: