[VIDEO] Khairy difitnah anak disuntik vaksin 'angin'

Khairy memuat naik gambar dan video anaknya, Raif menerima vaksin di PPV PWTC hari pada Ahad. - Instagram/Twitter khairykj
Khairy memuat naik gambar dan video anaknya, Raif menerima vaksin di PPV PWTC hari pada Ahad. - Instagram/Twitter khairykj
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini berkongsi momen anak bongsunya, Raif, 6, menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di media sosial.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut mendapat reaksi netizen apabila ada yang mendakwa anak Menteri Kesihatan itu hanya menerima suntikan kosong.

“Tengok baik-baik kalian, ubat itu dipam keluar dulu baru misi membuat suntikan, berapalah misi itu dapat.

“Nampak macam misi buang saja, baru pura-pura cucuk, kenapa begitu? Takut juga ya, orang lain suruh cucuk sangat,” demikian antara kata-kata yang ditulis oleh netizen dalam media sosial.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter rasminya menegaskan bahawa dakwaan itu tidak menggoyahkan keyakinan ibu bapa untuk terus mendaftar anak-anak mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Sebelum ini terdapat banyak keraguan diluahkan individu tertentu, yang mahukan Khairy Jamaluddin terlebih dahulu membuktikan vaksin itu selamat.

Pada Ahad, beliau mengotakan katanya apabila membawa anaknya untuk menerima vaksin Covid-19 ditemani isteri, Nori Tun Abdullah.

Beliau menerusi Instagram memuat naik gambar dan video anaknya menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di @wtcklofficial. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk #PICKids," katanya.

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya.

"Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.