Tun M sudah pulih: Najib

Hantaran di Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
Hantaran di Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir surat kepada pengundi Johor yang ditulis oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Eh.. dia kembali ratib nama saya dah. Maksudnya dia benar-benar dah pulih tu.Terbaik!” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

“Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik pada Tun Mahathir dan ALLAH permudahkan semua urusan beliau,” ujarnya.

Dalam surat yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, Tun Dr Mahathir berkata, rakyat Johor telah menolak calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Kali ini, mereka (UMNO) masih lagi mempertahankan kleptokrat. Kerana itu parti saya, Pejuang akan menyertai PRN Johor dan akan berusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka.

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama Pejuang untuk menyekat perancangan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: