Lebih 1,000 sertai Asy-Syakirin KLCC #QuranHour

Asy-Syakirin KLCC #QuranHour sempena Khatam Quran Perdana Ke 4 di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Gambar kecil: Norazimah Hassin
Asy-Syakirin KLCC #QuranHour sempena Khatam Quran Perdana Ke 4 di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Gambar kecil: Norazimah Hassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 wanita menyertai Asy-Syakirin KLCC #QuranHour sempena Khatam Quran Perdana Ke 4 di Masjid Asy-Syakirin KLCC, Jalan Ampang di sini, Sabtu lalu.

Pengerusi dan Pengarah Kelab Generasi Ghuraba’ (GGC), Norazimah Hassin berkata, Asy-Syakirin KLCC #QuranHour diadakan untuk menghayati surah Al-Kahfi yang menjadi tema World #QuranHour 1440H.

Menurutnya, tetamu yang hadir terdiri daripada 55 kumpulan wanita dari seluruh tanah air dan turut diadakan khatam al-Quran kali keempat bagi tahun ini di samping mengimarahkan Masjid Asy-Syakirin KLCC.

“Khatam Quran Perdana diberi pengisian termasuk pengukuhan ilmu dan seni al-Quran bersama Qari Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, motivasi al-Quran, tadarus al-Quran, Asy-Syaqirin Voice dan tadabbur surah Al-Kahfi.

Lebih 1,000 wanita sertai Asy-Syakirin KLCC #QuranHour.
Lebih 1,000 wanita sertai Asy-Syakirin KLCC #QuranHour.

“Sesi tadabbur surah Al-Kahfi disampaikan Pentadbir Exco GGC, Ustazah Siti Norain Abd Samad dan diakhiri dengan doa yang menyentuh hati oleh Penggerak Rumah Ngaji @ Fiqh Raudhah, Ustazah Farah Tajuddin,”katanya.

Asy-Syakirin KLCC #QuranHour mendapat tajaan pelbagai pihak termasuk NZ Malaya Travel Sdn Bhd, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Vitagen (Malaysian Milk Sdn Bhd), Agrasara Technology PLT, Telaga Biru Sdn Bhd, NLP Training Centre dan Youth of Happiness (YOSH).

Program anjuran Badan Penggerak Muslimah Masjid Asy-Syakirin KLCC itu diadakan dengan kerjasama Rumah Ngaji serta diperkasakan Kelab Generasi Ghuraba’, Kelab Az Zahrah dan Kelab Asma Al Husna.bertujuan untuk mengajak orang ramai berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Artikel Berkaitan: