146 mangsa masih dirawat pada hari ke-18 pencemaran

Anggota pasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) menggunakan peralatan Chemical Detector AP4C untuk mengesan sisa toksik dan bahan kimia pada seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

A
A
A

PASIR GUDANG - Masuk hari ke-18 pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, seramai 146 lagi mangsa menerima rawatan di pusat saringan Stadium Pasir Gudang setakat jam 5 petang.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah kes itu, 12 daripadanya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Hari ini sehingga jam 5 petang di Stadium Pasir Gudang ada 146 kes dengan 12 kes dirujuk ke hospital," katanya.

Sementara itu, di HSI terdapat 17 kes baharu dengan tiga daripadanya dirawat dalam wad.

Difahamkan empat mangsa pencemaran kimia Sungai Kim Kim masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Artikel Berkaitan: