Guru durjana rogol 13 pelajar dijel seumur hidup

Herry Wiraman (tengah) dihadapkan di mahkamah daerah di Bandung, Jawa Barat. - AFP
Herry Wiraman (tengah) dihadapkan di mahkamah daerah di Bandung, Jawa Barat. - AFP
A
A
A

BANDUNG - Sebuah mahkamah Indonesia pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya dalam kes yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara selain mendapat perhatian khusus Presiden Joko Widodo.

Mahkamah daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan di yayasan sekolah pondok di Bandung.

Kesemua mangsa adalah remaja bawah umur dan berasal dari keluarga miskin.

Lapan mangsa sudah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang mengandung.

Pendakwa raya sebelum ini mendesak agar pelaku dihukum kembiri atau dikenakan hukuman mati. - AFP

Artikel Berkaitan: