X

Kindly register in order to view this article
!

‘Saya perlu berada di sisi suami setiap masa’

A
A
CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND - Isteri kepada mangsa tembakan pengganas di Masjid Al Noor, Nazril Hisham Omar, 49, perlu berada di sisi suaminya setiap masa bagi memastikan dia tidak terus meracau akibat trauma, kesan tragedi berdarah Jumaat lalu.

Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 49, berkata, ketika ini suami tidak dapat membezakan polis dengan pengganas kulit putih yang melakukan serangan berkenaan.

“Suami saya mula meracau. Dia keliru dan tidak dapat membezakan polis dan pengganas. Sebabnya ketika serangan itu, pengganas memakai uniform lengkap sama seperti pihak berkuasa.

“Sebab itu saya perlu sentiasa disisinya untuk menenangkannya. Saya tidak boleh tinggalkan dia lama-lama. Dia masih ketakutan, trauma dan tidak boleh tidur,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Bercerita sesi pembedahan yang dijalani suaminya semalam, beliau yang mesra disapa Zurina berkata, Nazril berada dalam keadaan kepenatan akibat daripada kesan bius.

“Saya dimaklumkan bahawa pembedahan itu untuk memastikan tiada saki baki peluru,” katanya.

Selain Nazril, dua lagi rakyat Malaysia yang cedera adalah Mohd Tarmizi Shuib dan Rahimi Ahmad.

Dalam kejadian ketika solat Jumaat itu, 50 orang terkorban ditembak pengganas kulit putih yang turut membuat rakaman secara langsung di media sosial.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!