42 mangsa banjir dipindahkan di Raub

Anggota bomba memantau keadaan dan paras air di Batu Malim, Raub. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba memantau keadaan dan paras air di Batu Malim, Raub. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

RAUB - Seramai 42 penduduk di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa selepas hujan lebat mengakibatkan banjir kilat.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, PPS pertama dibuka di Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim pada jam 1.30 pagi yang menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada lapan mangsa.

Menurutnya, tujuh buah keluarga terdiri 17 mangsa dari Kampung Ulu Sungai turut dipindahkan ke balai raya kampung tersebut yang dibuka pada jam 4 pagi.

Antara PPS yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir kilat di Raub. - Foto ihsan Bomba
Antara PPS yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir kilat di Raub. - Foto ihsan Bomba

"PPS ketiga dibuka pada jam 7 pagi hari ini (Selasa) di Masjid Kampung Jamek, menempatkan lima keluarga melibatkan 17 mangsa banjir dari Kampung Kuala Semantan.

"Air mula naik bermula kira-kira jam 12 tengah malam dan mengikut maklumat diperoleh, hujan lebat di bahagian ulu Sungai Lipis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, keadaan terkini paras air Sungai Lipis merekodkan 115.40 meter (m) melepasi paras bahaya iaitu 114.80m dan limpahan dijangka berlaku di hilir sungai tersebut.

Artikel Berkaitan:

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Raub. - Foto ihsan Bomba
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Raub. - Foto ihsan Bomba