Dewan Rakyat ucap takziah, kutuk serangan di Christchurch

Mohamad Ariff Yusof
Mohamad Ariff Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Yusof menyampaikan ucapan itu selepas perbahasan usul mengutuk insiden serangan berkenaan yang dikemukakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut memohon Anggota Parlimen yang beragama Islam membaca Al-Fatihah sementara bagi yang bukan Islam bertafakur sebagai tanda hormat.

“Parlimen (Malaysia) juga berdiri bersama dengan kerajaan dan Parlimen New Zealand dalam menolak keganasan, kebencian dan kekerasan dalam segenap bentuk,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington akan terus memantau rapi keadaan tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: