Kolaborasi hebat Jovian, Juliani, Arene

Gandingan mantap Jovian, Juliani dan Arene ketika pelancaran koleksi itu, baru-baru ini
Gandingan mantap Jovian, Juliani dan Arene ketika pelancaran koleksi itu, baru-baru ini
A
A
A
PEREKA fesyen terkenal, Jovian Mandagie nampaknya sedang 'mencipta' pereka fesyen dalam pembikinan.

Terbaharu, dua anak buahnya iaitu Juliani Jamal dan Arene P Khairudin tampil dengan koleksi debut khas bersama Mandagie-Haute Couture, Bridal dan Ready-To-Wear. Kedua-dua wajah baharu dalam industri itu baru sahaja dilantik sebagai pereka fesyen kanan merangkap ketua kepada semua bahagian kreatif di bawah jenama Jovian Mandagie.

koleksi ready-to-wear-Secret Garden gambaran keindahan musim bunga

Baru-baru ini, mereka bertiga melancarkan koleksi dinamakan Secret Garden yang diinspirasikan daripada gambaran keindahan musim bunga.

Terdapat beberapa pilihan stail yang diperkenalkan seperti blaus berlengan puff, palazzo sehingga ke seluar boot-cut, a-line, skirt labuh ke skirt tulle, blaus longgar dan juga jaket yang mempunyai sentuhan yang cukup unik.

Selain itu, corak bunga dengan manik halus, piping dan kapas renda yang lebih terperinci pada bahagian busana menjadikan koleksi ini mempunyai gaya dan sifat tersendiri.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

No Image Caption

Mandagie, Juliani dan Arene juga menggunakan renda chantilly, brocade bunga, crepes lembut, ruffles, drapes dan chiffon yang disusun kemas.

Sesungguhnya, sentuhan itu telah memberi nilai tersendiri pada setiap rekaan. Pelakon meningkat naik, Ain Edruce pula dipilih sebagai wajah koleksi terbaharu itu.

Kepada media, Mandagie selaku pengarah kreatif memberitahu, ia merupakan koleksi pertama mereka bertiga untuk musim ini daripada Couture dan Ready-To-Wear.

"Koleksi ini adalah koleksi yang paling tak dijangka. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana kami masih mengekalkan akar dan mempunyai nilai estetiknya tersendiri.

"Rekaan ini ini juga mendapat khidmat pereka fesyen kanan baru kami," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Secret Garden di Telang 18, Hulu Langat, Kajang, Selangor baru-baru ini.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption