JAWI beri sumbangan kepada petugas bencana

Mohd Ajib menyampaikan sumbangan di Menara Aqabah.
Mohd Ajib menyampaikan sumbangan di Menara Aqabah.
A
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menyampaikan sumbangan kepada petugas dan mangsa yang terlibat dalam bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, sumbangan tuala, penutup mulut dan hidung, minuman serta kit kelengkapan peribadi itu disampaikan menerusi program JAWI Foodbank.

“Insya-ALLAH program ini mulanya kita sumbang di pusat ini, selepas ini kita akan pergi ke ‘medic base’ di Stadium Tertutup dan selepas itu kita akan pergi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menyumbangkan sebanyak 95 ‘goodies bag’.

“Ini adalah program JAWI Foodbank turun ke bawah bersama dengan Sukarelawan Dakwah Islamiyah JAWI, pegawai JAKIM dan JAWI serta imam masjid.

“Ini sebagai satu kesedaran untuk menunjukkan masjid mempunyai satu program iaitu menyantuni masyarakat dan hasil daripada sumbangan pihak-pihak tertentu,” katanya di Menara Aqabah di sini, hari ini.

Mohd Ajib turut mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik JAWI Foodbank dalam melaksanakan program itu dan akan terus menjagakan program seumpama itu pada masa akan datang.

Selain itu, menurutnya, program pada hari ini akan diakhiri dengan acara Solat Hajat, bacaan Yasin dan Tahlil di Hospital Permai yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Johor.

Artikel Berkaitan: