'Jangan hina rakyat dalam membuat pilihan'

Barisan panel dalam sesi wawancara PRK:Apa Kesan Terhadap Demokrasi. - FOTO SINAR HARIAN/ ZAHID IZZANI
Barisan panel dalam sesi wawancara PRK:Apa Kesan Terhadap Demokrasi. - FOTO SINAR HARIAN/ ZAHID IZZANI
A
A
A

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Atiqah Syairah Shaharuddin mengingatkan ahli politik di negara ini agar tidak menghina rakyat di atas undian mereka terhadap mana-mana parti politik.

Menurutnya, hanya disebabkan parti itu gagal untuk yakinkan rakyat, ahli politik sewenang-wenangnya menghina mereka.

“Mana-mana ahli politik dari parti mana pun, perlu mengetahui dan tidak boleh menghina kebijaksanaan rakyat.

“Jangan sebabkan kita (parti politik) gagal untuk yakinkan rakyat, kita hina rakyat yang pilih sesiapa pun. Kita hina rakyat pilih A, kita hina rakyat ini pilih B, jadi jangan hina kebijaksanaan rakyat,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke-95, ‘PRK: Apa Kesan Terhadap Demokrasi’ di Dewan Karangkraf, hari ini.

Dalam pada itu, Atiqah Syairah berkata, golongan belia di negara ini yang tidak mendaftar seterusnya mengundi pada pilihan raya yang diadakan bukan kerana jemu dengan politik tetapi jemu dengan ahli politik.

“Hentikan berpolitik. Begitu juga pada PRK, kerana PRK dilaksanakan untuk membuat polisi dan dasar untuk kebaikan negara, namun berpolitik dilihat lebih diutamakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: