Empat maut, 22 cedera dalam kemalangan bas di selatan Bolivia

Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 22 lagi cedera selepas sebuah bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung awal pagi Ahad di Chuquisaca selatan Bolivia. Foto:Twitter
Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 22 lagi cedera selepas sebuah bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung awal pagi Ahad di Chuquisaca selatan Bolivia. Foto:Twitter
A
A
A

LA PAZ, (Bolivia) - Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 22 cedera selepas sebuah bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung awal pagi Ahad di Chuquisaca selatan Bolivia, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Bas berkenaan dipandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan di bandar Monteagudo, kata Pendakwa Raya Chuquisaca Mauricio Nava kepada akhbar tempatan.

Menurut laporan awal, bas itu menggunakan laluan Sucre-Monteagudo dan jatuh ke dalam gaung ketika melalui selekoh.

Nava berkata, anggota polis dan kakitangan Kementerian Awam dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera. -BERNAMA

Artikel Berkaitan: