Kes positif Covid-19 global lepasi 411 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 global kini melepasi 411 juta, berikutan pertambahan 1.8 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Foto 123RF
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 global kini melepasi 411 juta, berikutan pertambahan 1.8 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Foto 123RF
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melepasi 411 juta, berikutan pertambahan 1.8 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 77 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 27 juta.

Negara yang melepasi angka 21 juta kes adalah Perancis.

United Kingdom, Turki, Rusia, Itali dan Jerman pula melepasi angka 11 juta, manakala Sepanyol 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.8 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3 juta dan Thailand dengan 2.5 juta kes.

Manakala Singapura melebihi 460,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.81 juta.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 919,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 638,000 kes, India lebih 508,000 kes dan Rusia lebih 333,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 312,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 54,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban. - Awani