Nurul Izzah, Noraini antara anggota baharu PAC

A
A

KUALA LUMPUR - Tiga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ditukar daripada terus menganggotai jawatankuasa itu.

Menerusi Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Keempat Belas yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, pelantikan itu melibatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, petik laporan Astro Awani.

Mereka menggantikan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin.

PAC ketika ini dipengerusikan Ahli Parlimen Beluran, Tan Sri Ronald Kiandee dan dianggotai 12 ahli yang lain termasuk Ahmad Hamzah (Jasin), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Robert Lawson Chuan (Betong).

Sementara anggota PAC lain dari kalangan ahli parlimen kerajaan ialah Wong Chen (Subang), Steven Chong (Tebrau), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), Wong Hon Wai (Bukit Bendera), dan Wong Shu Qi (Kluang).


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia