OCA bantu beri bimbingan kepada pelajar

Seramai 70 peserta menyertai Kayuhan Reunion Sekolah Clifford di Dataran Pavillion Kuala Kangsar pada Ahad.
Seramai 70 peserta menyertai Kayuhan Reunion Sekolah Clifford di Dataran Pavillion Kuala Kangsar pada Ahad.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA) mengambil langkah proaktif membantu pelajar dan bekas pelajar sekolah berkenaan yang terkesan dengan Covid-19.

Presidennya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, OCA sedia menghulurkan bantuan dan sokongan termasuk akademik, kerjaya dan ekonomi kepada mereka yang terlibat.

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum ramai dalam kalangan bekas-bekas pelajar yang terjejas ketika Covid-19 dan kemelesetan ekonomi, jadi inilah peranan ditonjolkan OCA untuk sama-sama menyantuni mereka.

"Kita juga mengambil berat keadaan pelajar dengan mengaturkan program akademik dan kerjaya sekali gus meneruskan kecemerlangan sekolah di setiap peringkat peperiksaan.

"OCA juga akan meneliti membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti serta memulakan kerjaya mengikut kelayakan," katanya.

Salehuddin
Salehuddin

Beliau berkata demikian pada program Kayuhan Reunion Sekolah Clifford antara OCA dan Cliffordian Cycle Team (CCT) di Dataran Pavillion di sini pada Ahad.

Seramai 70 bekas pelajar sekolah itu termasuk Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkayuh sejauh 70 kilometer sekitar Kuala Kangsar.

Artikel Berkaitan:

Menurut Salehuddin, acara tahunan edisi keempat itu merupakan sebahagian aktiviti dalam memupuk ukhuwah dalam kalangan pelajar lepasan sekolah Clifford Kuala Kangsar.

"Ia juga membuka peluang untuk kami bertukar pandangan dan berbincang bagi membantu sekolah dan bekas pelajar.

"Ini satu permulaan dan kita berhasrat untuk laksanakan program lebih besar melibatkan semua kumpulan daripada veteran sehinggalah ke generasi milenium," katanya.