Penjawat awam tunjang sistem penyampaian kerajaan: Cuepacs

 Adnan
Adnan
A
A
A

KOTA BHARU - Penjawat awam perlu menjadi tunjang dalam sistem penyampaian kerajaan untuk memudah cara selain menyampaikan dasar dan bantuan kepada rakyat dengan lebih berkesan dan tersusun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, hal ini kerana rakyat pada masa ini sedang menilai segala tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan penjawat awam.

"Penjawat awam juga diseru supaya memperkasakan dan mempertahankan integriti dari segi perbuatan, masa, akal dan sebagainya.

"Oleh itu, penjawat awam perlu lebih berintegriti dan sentiasa melihat kepada tiga perkara dari segi akal, budi bicara dan perbuatan supaya tidak dipandang keji oleh rakyat di luar sana sepanjang tempoh perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Persaraan Ahli Jawatankuasa Cuepacs di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Adnan berharap kerajaan segera mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah tidak relevan bagi menampung keperluan penjawat awam supaya tangga gaji selesa setimpal dengan perbelanjaan harian. - Bernama

Artikel Berkaitan: