Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi 2.0

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 tertinggi dengan nilai 2.14 direkodkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan melalui Facebook miliknya pada Ahad, Malaysia mencatatkan kadar Rt menurun daripada 1.49 berbanding pada Jumaat 1.51.

Data itu menunjukkan semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Sarawak dan Sabah merekodkan kadar tertinggi selepas Labuan iaitu masing-masing 1.67 dan 1.66.

Ia diikuti dengan Perlis mencatatkan 1.47, Pulau Pinang (1.46), Johor (1.40), Selangor (1.37), manakala Terengganu dan Kedah masing-masing 1.35.

Dr Noor Hisham menerusi Twitternya memaklumkan Malaysia mencatatkan kadar Rt menurun daripada 1.49 berbanding pada Jumaat 1.51.
Dr Noor Hisham menerusi Twitternya memaklumkan Malaysia mencatatkan kadar Rt menurun daripada 1.49 berbanding pada Jumaat 1.51.

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Putrajaya (1.34), disusuli Negeri Sembilan (1.31),

Artikel Berkaitan:

Terengganu (1.35), Kedah (1.35), Pulau Pinang (1.46), manakala Johor (1.40) dan Kelantan (1.37), Melaka (1.28), Perak (1.27) dan Kuala Lumpur (1.22).

Pada Sabtu, kes baharu Covid-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.