Lebih 130,000 kanak-kanak terima vaksin Covid-19

Sebanyak 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Sabtu. - Foto 123RF
Sebanyak 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Sabtu. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 135,478 atau 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Sabtu.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,174,229 atau 56 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 bagi tempoh sama.

Sejumlah 22,936,160 individu atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 98.7 peratus atau 23,212,186 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,795,278 individu atau 89.8 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,873,770 atau 92.3 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Sabtu, sebanyak 142,800 dos vaksin diberikan meliputi 38,851 dos pertama, 727 dos kedua dan 103,222 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,921,735 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan Perak dan Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu masing-masing empat kes, diikuti Kelantan dan Terengganu masing-masing dua kes, manakala satu kes masing-masing direkodkan di Kedah, Melaka dan Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: