Mercedes tak dapat, duit RM39,000 lesap ditipu 'Encik Fauzi'

(Gambar kecil kiri: Mohd Wazir) Hasrat seorang jurulatih jualan sebuah syarikat penapis air untuk membeli kereta mewah berjenama Mercedez A45 tidak kesampaian, bahkan kerugian RM39,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian.(Gambar hiasan) - Foto Internet
(Gambar kecil kiri: Mohd Wazir) Hasrat seorang jurulatih jualan sebuah syarikat penapis air untuk membeli kereta mewah berjenama Mercedez A45 tidak kesampaian, bahkan kerugian RM39,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian.(Gambar hiasan) - Foto Internet
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Hasrat seorang jurulatih jualan sebuah syarikat penapis air untuk membeli kereta mewah berjenama Mercedes A45 tidak kesampaian, bahkan kerugian RM39,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian.

Mangsa berusia 43 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan pada Sabtu selepas kenderaan yang dibeli itu gagal diserah seperti dijanjikan.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula selepas mangsa melihat satu iklan jualan kereta lelong melalui aplikasi Telegram dan menghubungi nombor tertera ketika berada di rumahnya di Indera Mahkota di sini pada Isnin lalu.

Menurutnya, mangsa berhubung dengan seorang penjual dikenali 'Encik Fauzi' yang mendakwa dirinya kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya dan menyatakan hasratnya untuk membeli kereta Mercedes dijual suspek.

"Suspek menghantar sebuah kereta jenis Toyota Wish bagi kegunaan sementara mangsa sebelum kereta Mercedes dibeli didakwa akan dihantar ke rumahnya.

"Suspek kemudian meminta supaya bayaran segera dibuat sebelum mangsa memindahan wang sebanyak RM39,000 melalui tiga transaksi secara dalam talian menerusi nombor akaun bank diberikan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad

Beliau menjelaskan, selepas pembayaran dibuat, mangsa memaklumkan kenderaan Mercedes yang dibeli akan tiba di Kuantan dalam masa dua hari lagi.

Katanya, pada Ahad, mangsa mendapati kereta Toyota Wish yang diberikan suspek hilang selepas kenderaan itu diletakkan di hadapan rumahnya.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa beberapa kali cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan mengesyaki kenderaan itu telah diambil oleh suspek.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada petang Sabtu," ujarnya.

Mohd Wazir berkata, modus operandi yang digunakan suspek adakah dengan memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta di Telegram.

Ujarnya, suspek juga memberi sebuah kenderaan lain untuk digunakai sementara bagi tujuan menyakinkan mangsa.

"Tindakan itu, sebenarnya mendorong mangsa untuk membuat pembayaran, setelah pemindahan wang dibuat kenderaan tersebut akan diambil semula dan kereta yang dibeli pula tidak diterima," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan rakaman percakapan mangsa juga telah diambil.