Sila log masuk terlebih dahulu.

154 pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun

Antara pengunjung yang diperiksa dalam serbuan ke atas sebuah pisat hiburan di Bangsar, Kuala Lumpur.
Antara pengunjung yang diperiksa dalam serbuan ke atas sebuah pisat hiburan di Bangsar, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 154 pengunjung termasuk pemilik pusat hiburan dikompaun sebanyak RM155,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Telawi 2, Bangsar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua individu terbabit dikompaun kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam operasi sekitar jam 10.52 malam tersebut.

"Semasa serbuan di pusat hiburan itu, terdapat persembahan 'live band' di atas pentas dan beberapa pelanggan dilihat sedang berhibur sambil minum minuman keras.

"Pihak polis turut merampas barang kes antaranya resit perniagaan, minuman keras, mikrofon, dan pelbagai aksesori serta peralatan muzik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 yang merupakan pengurus premis bersama lapan pekerja warga asing kerana beroperasi tanpa lesen.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pusat hiburan yang melanggar SOP untuk memutuskan rantaian Covid-19.

"Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: