Gempar! Tiga maut CityONE Megamall meletup

A
A

KUCHING - Tiga mangsa dilaporkan terkorban dalam insiden letupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching petang tadi.

Awani melaporkan letupan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 19 yang lain, petik laporan Astro Awani.

Situasi di lokasi letupan di CityONE Megamall. - Foto Awani
Situasi di lokasi letupan di CityONE Megamall. - Foto Awani

Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai ruang medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut namun jumlah mangsa yang cedera parah belum dapat dipastikan.

- Foto ihsan bomba
- Foto ihsan bomba

- Foto ihsan bomba
- Foto ihsan bomba

- Foto ihsan bomba
- Foto ihsan bomba

- Foto ihsan bomba
- Foto ihsan bomba