X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

MESF mahu tambah pingat di Vietnam

Ananth S Nathan
A
A

PERSEKUTUAN Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menyasarkan empat pingat dan mencapai kedudukan dua teratas keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei depan yang mempertaruhkan 10 pingat emas dalam eSukan di Vietnam.

Presiden MESF, Datuk Ananth S Nathan berkata, pingat-pingat itu dijangka diperoleh daripada permainan seperti 'Mobile Legends: Bang Bang' (MLBB), 'Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile' (acara berpasukan), 'FIFA Online 4', dan 'Arena of Valor' untuk mendapatkan kedudukan dua teratas secara keseluruhan.

"Jika boleh kami mahu memenangi pingat dalam semua acara, namun kami mempunyai peluang terbaik di dalam empat permainan.

"Empat permainan ini dipilih berdasarkan daya saing atlet kami di peringkat antarabangsa dan kami mempunyai kekuatan dari segi sejarah,” katanya dalam sidang media maya pada Jumaat.

Beliau mengesahkan Malaysia juga akan menyertai pertandingan PUBG Mobile (individu), Garena Free Fire, League of Legends (PC), kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita dalam 'League of Legends: Wild Rift' (mobil) tetapi tidak bertanding dalam 'CrossFire'.

Apabila eSukan mula dipertandingkan di Sukan SEA pada edisi 2019 di Manila, Malaysia membawa pulang satu pingat emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Atlet Kebangsaan MESF, Kelvin Phang Ching Kuen berkata, persekutuan itu akan menganjurkan pemilihan di peringkat kebangsaan dari 18 Februari hingga 6 Mac depan untuk mengenal pasti 'individu terbaik secara saksama' bagi mewakili negara.

Pemain terpilih akan menghadiri 'boot camp' selama dua bulan di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil dan EBN Esports City di Quill City Mall selain pendedahan pertandingan dalam negara dan antarabangsa sebelum ke Hanoi.

Atlet-atlet itu juga perlu mematuhi had umur ditetapkan penganjur, iaitu berumur 18 tahun dan ke atas pada 12 Mei ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!