Negeri Sembilan kembali catat empat angka kes Covid-19

Jangkitan kes Covid-19 di Negeri Sembilan kembali mencatatkan empat angka. - Foto Bernama
Jangkitan kes Covid-19 di Negeri Sembilan kembali mencatatkan empat angka. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN- Jangkitan kes Covid-19 di Negeri Sembilan kembali mencatatkan empat angka dengan sebanyak 1,235 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ia menjadikan kes kumulatif sebanyak 124,919 kes.

"Terdapat 1,235 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari membabitkan 1,219 dalam negara dan 16 luar negara dan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 pula sebanyak 1,342 kes.

"Dukacita dimaklumkan, terdapat dua kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Veerapan berkata, sehingga kini terdapat 26 kluster yang masih aktif di Negeri Sembilan dengan pertambahan tiga lagi kluster baru iaitu Kluster Industri Lorong Senawang 3 (14 kes), Kluster Jalan Kiambang (12) dan Kluster DTI Lenggeng 2 (12).

Sinar Harian difahamkan, kali terakhir Negeri Sembilan mencatatkan kes mencecah empat adalah pada 11 Ogos 2021 iaitu sebanyak 1015 kes sebelum turun kepada tiga angka 899 kes pada hari berikutnya.

Artikel Berkaitan: