Covid-19: Hampir 98,000 kanak-kanak terima vaksin

Sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat Jumaat.

PICKids dilancarkan 3 Februari lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Dalam usaha mempercepat pemberian vaksin untuk kanak-kanak, sebanyak 1,055 buah sekolah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi program berkenaan dan akan beroperasi selewat-lewatnya Isnin ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,068,547 atau 55.8 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,935,622 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2 peratus atau 23,211,391 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,795,030 individu atau 88.8 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,873,015 atau 91.3 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Jumaat, sebanyak 160,193 dos vaksin diberikan meliputi 20,703 dos pertama, 1,578 dos kedua dan 137,912 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,776,270 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 24 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Kedah mencatatkan lima kes, Johor dan Sabah (masing-masing empat kes), Pahang dan Perak (masing-masing tiga kes), Negeri Sembilan (dua kes) serta satu kes masing-masing di Perlis, Selangor dan Terengganu.

Artikel Berkaitan: