Maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu

Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai
Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas dipercayai terjatuh dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Nilai di sini, pada Jumaat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fadli Abd Wahab berkata, mangsa maut dikenali sebagai Haque Shekh Amirul berusia 40 tahun.

"Kami menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.13 pagi dan pemeriksaaan mendapati seorang lelaki berada dalam sebuah mesin pengisar kayu.

"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: