Syed Saddiq nafi kata pembangkang tidak sokong Undi 18

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan telah mengeluar kenyataan mengatakan pembangkang tidak memberi sokongan kepada pelaksanaan Undi 18.

Beliau berkata, sebaliknya Undi 18 lulus disebabkan kerjasama bipartisan dengan parti pembangkang.

“Kerajaan Pakatan harapan (PH) masa itu ada 113 kerusi dalam dewan jadi memang tidak ada dua per tiga.

“Saya langsung tidak cakap pembangkang tidak beri sokongan. Tengok sendiri video yang tidak dipotong ini. Selepas itu saya bergerak kepada perkara lain. Jangan sesatkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Zainal Adzam sebelum ini menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat menyindir Syed Saddiq yang dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pembangkang pada tahun 2019 tidak menyokong Undi 18 itu.

Beliau mendakwa, Syed Saddiq telah lupa dengan 211 ahli Parlimen yang menyokong Undi 18 yang mencukupkan dua per tiga majoriti di Parlimen.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyindir Syed Saddiq susulan kenyataannya yang didakwa mengelirukan.

“Muda amalkan politik mengelirukan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: